Taman Tema Air Boleh Beroperasi Mulai 1 Julai 2020



Isnin, 29 Jun 2020



ADVERTISEMENT

Semenjak wabak pedamik COVID-19 melanda dunia, banyak sektor ekonomi terpaksa menutup sementara operasi mereka. Antara sektor yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan dan rekreasi. 

Pada sidang media terbaru COVID-19 harini (29 Jun 2020), Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan Taman Tema Air dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai ini. Walaubagaimanapun, taman tema berkenaan haruslah mengikuti segala garis panduan yang telah diterapakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bermula hari ini, saringan suhu badan hanya dilakukan pada pintu masuk masuk pusat membeli belah sahaja.