Lelaki Nigeria 'Ketagih' Pisang Goreng Malaysia. Makan Setiap Hari, Siap ada ...



Isnin, 29 Jun 2020



ADVERTISEMENT


Keunikan makanan malaysia tidak dapat disangkal lagi. Keistimewaanya seiring dengan rasa sedap memenuhi citarasa sesiapa sahaja yang mencubanya. Tidak kira rakyat tempatan mahupun pelancong luar negara yang berkunjung ke sini. Dari makan berat hingga ke makanan ringan yang dijual gerai tepi jalan cukup enak dinikmati.


Viral di media sosial twitter seorang lelaki berasal dari Nigeria, Emmanuel Olalere tweet bahawa beliau cukup suka dan 'gila'kan pisang goreng di Malaysia sehinggakan dia mahu menikmatinya setiap hari. Apa yang lebih menarik perhatian warganet, Emmanuel siap ada nombor whatsapp peniaga goreng pisang. HAHA!


Menurutnya lagi, dia mula menggemari goreng pisang sejak tiga tahun yang lalu. Lebih menarik, dia juga boleh bertutur dalam bahasa melayu. Sehinggakan perbualannya dengan penjual goreng pisang dalam bahasa melayu.










Selain daripada goreng pisang, Emmanuel juga turut menggemari pelbagai lagi makanan Malaysia yang lain. Antaranya cekodok pisang, nasi lemak, ayam butter. Lebih mengejutkan dia makan belaukkan ayam butter hingga 4 kali seminggu.



Sumber: Emmanuel Olalere