Cara Beli Starbucks Choco-choco Nutty Frap Pada Harga Murah. RM12 je.



Isnin, 13 Julai 2020



ADVERTISEMENT

Beberapa hari lalu viral di media sosial Facebook dan Twitter kafe kopi premium, Starbucks mengeluarkan minuman perisa terbaru mereka yang diberi nama Choco-choco Nutty Frap. Kebiasaan minuman ini berharga RM19.60 untuk saiz Grande, manakala RM20.65 untuk saiz Venti. 


Seorang pengguna Twitter bernama @myjeo berkongsi cara untuk membeli minuman berkenaan pada harga yang lebih murah. Jimat RM9. Perkongsian tersebut mendapat lebih 500 retweet. 

Berikut adalah cara yang digunakan:


  • Anda harus membeli menggunakan aplikasi Foodpanda. Bagi yang belum ada, muat turun pada smartphone dan daftar seperti biasa.
  • Order Starbucks Choco-choco Nutty Frap.
  • Gunakan promo code PANDAPERFECT
  • Nikmati minuman korang!!