Semua Majid dan Surau di Selangor dibenarkan Solat Jumaat Mulai 3 Julai



Rabu, 1 Julai 2020



ADVERTISEMENT

Lebih 3 bulan tempoh kawalan pergerakan dilaksanakan tiada sebarang rumah ibadah dibenarkan untuk beroperasi. Sepanjang tempoh tersebut, semua ummat islam tidak dibenarkan ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah termasuklah solat tarawih, solat sunat aidilfitri dan solat jumaat. 

Mengikuti perkembangan terkini keadaan COVID-19 Malaysia, ia menunjukkan tanda positif dimana kes baru telah berkurang manakala kadar kes pulih juga meningkat. Melihat kepada keadaan berikut, kerajaan telah melonggarkan beberapa SOP PKP.

Terbaru, Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka kepada jemaah untuk mendirikan solat Jumaat. Kebenaran itu akan berkuatkuasa mulai 3 Julai 2020.

Baginda turut berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka untuk solat fardu 5 waktu berjemaah secara berjemaah. Bagaimanapun, jemaah perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan fardu telah ditetapkan seramai 1,000 orang. Bilangan ini adalah tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid. Antara masjid yang dinyatakan adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid lain ditetapkan maksimum pada 500 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan.

Jumlah kehadiran jemaah di Surau Kebenaran Solat Jumaat bagi mendirikan solat Jumaat dan fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau manakala di surau untuk Solat Fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau.

Sementara itu, Baginda bertitah ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha juga boleh dilaksanakan di masjid sahaja.