TERKINI: Sejarah Baru Tercipta, Tiada Kes Baru Tempatan



Rabu, 1 Julai 2020



ADVERTISEMENT

Perkembangan terkini wabak COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan tanda positif. Hari ini buat pertama kali sepajang PKP dilaksanakan. Tiada sebarang kes baru melibatkan kes tempatan, hanya satu kes baru dicatatkan melibatkan kes import. 

Ketua Pengarah Kesihatan malaysia, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkannya perkara tersebut dalam satu sidang media petang tadi. Dalam perkembangan lain terdapat 21 kes sembuh dan dibenarkan pulang pada hari ini. Rekod kematian juga kekal 121 setelah beberapa hari tiada pertambahan kes. 

KKM dalam satu tweetnya mengucapkan tahniah dan syabas pada seluruh rakyat malaysia yang terus kekal patuh dengan segala SOP yang ditetapkan oleh KKM dan kerajaan. Sebahagian besar warganet juga turut berterima kasih akan setiap usaha yang telah dicurahkan barisan hadapan negara dalam membasmi wabak pandemik ini. 

Kita boleh menang dan bebas wabak COVID19 sekiranya semua bersatu padu dalam mendatarkan lengkuk penyebaran wabak ini.