Harga PS5 'leaked' dianggarkan sekitar RM2500?



Khamis, 18 Jun 2020


ADVERTISEMENT
Selepas tarikh pertama dilancarkan pada 4 Jun 2020 terpaksa dibatalkan kerana sebagai tanda kempen kepada 'Black Live Matter'. Sony akhirnya membuat keputusan dengan memperkenalkan permainan console paling popular itu kepada umum pada 11 Jun baru baru ini. Namun dalam pelancaran tersebut, mereka hanya menyatakan cici-ciri dan fungsi terbaru yang ada pada Playstation 5 tanpa sebarang tanda harga rasmi.

Memetik laporan Vocket, harga rasmi PS5 telah tertiris di laman Amazon Perancis sekaligus memaparkan harga untuk pasaran eropah. Pengguna Twitter Ben Geskin menerusi satu tweet memaparkan harga PS5 di pasaran eropah berharga 499 euro (RM2,403.88) edisi fizikal, 399 euro (RM1,922.44) untuk digital edition.

Playstation 5 kalini hadir dengan dua versi iaitu fizikal dan digital dimana ia tidak menyokong bluray disk. Oleh sebab itu digital edition ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding versi fizikal.