Spicy Korean Burger Kembali Dengan 2 Menu Baru



Khamis, 16 Julai 2020



ADVERTISEMENT

Buat peminat tegar McDonald mesti tau akan menu Spicy Korean Burger yang pernah viral suatu ketika dahulu. Rata-rata penggemar makanan pedas cukup suka dengan menu ini.

McDonald’s Spicy Korean Burger

Jika anda peminat pedas menu ini pasti ditunggu tunggu. Spicy Korean Burger hadir dengan dua pilihan iaitu daging ayam dan juga daging lembu. Harga dijual bermula pada RM14.62 sahaja. 

Burger ini dilapisi dengan daging lembu panggang yang berjus atau patty ayam rangup, bersama sayur yang segar dan juga bawang yang dipanggang bersama sekeping keju dan dilengkapi dengan sos korea yang istimewa! Tak dilupakan, semua itu diapit dengan roti charcoal yang lazat!


Anda juga boleh membelinya pada harga promo dan jauh lebih murah sekiranya membelinya menggunakan aplikasi Mcdonalds. 
Selain daripada itu, McDonalds juga turut memperkenalkan dua menu baru sebagai menu sampingan. 

Black Forest McFlurry Baru

McFlurry yang baru iaitu Black Forest McFlurry turut diperkenalkan kali ini. Kombinasi coklat dan strawberry yang digabungkan bersama aiskrim vanilla kegemaran ramai, memang perfect! Harga bermula dari RM6.13 sahaja.

Black Forest Pie

McDonald’s juga memperkenalkan perisa pie yang baru iaitu Black Forest Pie. Kombinasi sempurna di antara strawberry yang manis bersama krim kastard di dalam pai coklat yang rangup. Harga dari RM4.25 sahaja.