"Bos Suruh & Terdesak Nak Selamat Adik" Ungkapan Terakhir Remaja 19 Tahun Pada Tebusan



Jumaat, 19 Jun 2020



ADVERTISEMENT

Gempar di negara kita semalam kejadian rompakan bersenjata di Kota Tinggi, Johor. Video kejadian tersebut menjadi tular di media sosial.

Terbaru salah seorang dari mangsa tebusan Mardhiah Mat Ripi tampil menceritakan kejadian sebenar ketika ditahan perompak berkenaan. Menurut mangsa, perompak berkenaan terpaksa melakukan perkara sedemikian kerana untuk menyelamatkan adiknya.

Menerusi petikan laporan Harian Metro, Mardhiah memberitahu ketika kejadian dia mendengar perompak berkenaan mahukan wang tersebut untuk menyelamatkan adiknya yang kini berada dalam ‘genganggam’ bosnya. Sekiranya dia tidak berjaya membawa pulang wang tersebut, adiknya itu akan mati.

Aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh. Aku terpaksa adik aku ada pada dia (bos). Kalau tak dapat duit, adik aku mati.


Menceritakan kisah itu, Ratnah memberitahu sebelum kejadian dia bersama anaknya, Mardiah yang berusia 26 tahun telah pergi ke bank berkenaan atas urusan perbankan. Tetapi lain pula yang jadinya apabila Mardhiah secara tiba-tiba telah ‘diserang’ dah diacukan sebilah sabit pada lehernya oleh seorang lelaki berkemeja-T.

Tambah Ratnah lagi, ketika kejadian dia dan anakya bersama-sama empat orang pelanggan lain telah ditahan di dalam bank. Perompak berkenaan telah meminta wang tuntutan sebanyak RM20,000 kepada pihak bank.

Sambil mengheret Mardiah, perompak itu sempat menutup pintu bank.


Pegawai serta kakitangan bank segera memasukkan jumlah wang yang diminta perompak itu ke dalam sebuah beg galas untuk diserahkan kepada suspek. Sementara itu, Ratnah yang bimbang akan keselamatan anaknya itu telah merayu kepada perompak untuk melepaskan Mardhiah.

Sebaik sahaja melepaskan Mardhiah, perompak tersebut secara tiba-tiba telah ‘menukar’ mangsa tebusan dengan ‘menyerang’ Ratnah sambil mengacukan sebilah sabit. Tetapi disebabkan sakit lutut yang dialami Ratnah, dia telah terjatuh dan tidak berupaya untuk bangun semula.

Pada masa itulah, saya terdengar letupan tembakan dari arah kaunter bank. Saya nampak perompak itu rebah ke lantai dan berlumuran darah sementara seorang pelanggan lain melemparkan sabit itu jauh dari tangan perompak itu.


Difahamkan, Mardhiah dan ibunya tidak terdapat sebarang kecederaan tetapi mengalami sedikit trauma akibat insiden ngeri itu.

Sumber: Harian Metro