ADVERTISEMENT
Bermula dari itu, rata-rata menyifatkan perkara tersebut hanyalah akan membunuh kreativiti content creator kerana untuk mendapatkan lesen berkenaan memerlukan modal sebanyak RM50 ribu. Memetik laporan Berita Harian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan pengguna media sosial sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya.
Katanya, ia termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS.
Pada masa sama, katanya, Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) supaya bersesuaian dengan kehendak semasa.