[VIDEO] TERKINI!! Mural Hero COVID19 Diconteng!!



Isnin, 20 Julai 2020



ADVERTISEMENT


Lukisan mural memaparkan imej beberapa pemimpin negara yang dianggap orang penting ketika mendepani wabak COVID19 melanda negara telah dicemari dengan perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mural tersebut terletak di Shah Alam pernah tular sebelum ini.

Perkara itu dikongsikan netizen sejak pagi tadi di media sosial yang menunjukkan sebahagian daripada lukisan itu diconteng dengan semburan cat berwarna merah serta perkataan kesat turut kelihatan di dinding tersebut. Menurut rakaman video yang dikongsikan di Twitter itu, lokasi kejadian difahamkan berlaku di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam, Selangor


Perkara tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Young Syefura menyifatkan perkara tersebut tidak patut berlaku dan ada unsur provokasi. Beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat akan pelaku berkenaan.


Antara potret yang berada dalam lukisan tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Lukisan mural yang dihasilkan tiga sekawan Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli, dan Muhamad Firdaus Nordin itu sebelum ini pernah menerima lawatan beberapa pemimpin negara termasuk ketua pengarah kesihatan sendiri Datuk Dr Noor Hisham.


Mural kini ditutup

Susulan daripada kejadian vandalisme itu, lukisan mural yang telah diconteng tersebut difahamkan telah ditutup dan menerima perhatian pihak berkuasa yang telah bergegas ke kawasan tersebut.

Sumber: The Vocket