ADVERTISEMENT
Lukisan mural memaparkan imej beberapa pemimpin negara yang dianggap orang penting ketika mendepani wabak COVID19 melanda negara telah dicemari dengan perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mural tersebut terletak di Shah Alam pernah tular sebelum ini.
Perkara itu dikongsikan netizen sejak pagi tadi di media sosial yang menunjukkan sebahagian daripada lukisan itu diconteng dengan semburan cat berwarna merah serta perkataan kesat turut kelihatan di dinding tersebut. Menurut rakaman video yang dikongsikan di Twitter itu, lokasi kejadian difahamkan berlaku di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam, Selangor
Perkara tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Young Syefura menyifatkan perkara tersebut tidak patut berlaku dan ada unsur provokasi. Beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat akan pelaku berkenaan.
Sesuatu yang tidak patut berlaku. Ada unsur provokasi!
— YS (@youngsyefura) July 20, 2020
Mohon pihak berkuasa siasat. https://t.co/ntqRg38Dl5
Lukisan mural yang dihasilkan tiga sekawan Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli, dan Muhamad Firdaus Nordin itu sebelum ini pernah menerima lawatan beberapa pemimpin negara termasuk ketua pengarah kesihatan sendiri Datuk Dr Noor Hisham.
Mural kini ditutup
Susulan daripada kejadian vandalisme itu, lukisan mural yang telah diconteng tersebut difahamkan telah ditutup dan menerima perhatian pihak berkuasa yang telah bergegas ke kawasan tersebut.Busuknye hati 😬😬😬 pic.twitter.com/9jOQDKwTgm
— Labu suka anak pak aji (@MrJamesLabu) July 20, 2020