ADVERTISEMENT
Ketua Pengarah Kesihatan malaysia, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkannya perkara tersebut dalam satu sidang media petang tadi. Dalam perkembangan lain terdapat 21 kes sembuh dan dibenarkan pulang pada hari ini. Rekod kematian juga kekal 121 setelah beberapa hari tiada pertambahan kes.
#COVID19 Sejarah tercipta hari ini. Tiada kes tempatan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 1, 2020
Tahniah Malaysia 🇲🇾@MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/Dj17kkA3qI
Terima kasih rakyat Malaysia kerana terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan saranan kesihatan oleh KKM.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 1, 2020
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita. 🇲🇾 pic.twitter.com/PYXmzcnNs9
KKM dalam satu tweetnya mengucapkan tahniah dan syabas pada seluruh rakyat malaysia yang terus kekal patuh dengan segala SOP yang ditetapkan oleh KKM dan kerajaan. Sebahagian besar warganet juga turut berterima kasih akan setiap usaha yang telah dicurahkan barisan hadapan negara dalam membasmi wabak pandemik ini.
Kita boleh menang dan bebas wabak COVID19 sekiranya semua bersatu padu dalam mendatarkan lengkuk penyebaran wabak ini.