Pawagam Drive-In Pertama Di Malaysia



Isnin, 6 Julai 2020



ADVERTISEMENT


Setelah wabak pandemik COVID-19 melanda dunia, banyak aktiviti seni dan hiburan terpaksa diberhentikan buat sementara waktu bagi membendung wabak berkenaan. Ini tidak terkecuali kepada aktiviti menonton wayang di pawagam. Disebabkan itu, pawagam drive-in atau menonton dari dalam kereta dijangka akan menjadi popular semula.

Menonton filem dari dalam kereta ini telah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1933. Namun setelah pawagam muncul konsep ini kian dilupakan mungkin atas beberapa faktor keselesaan dan pengalaman menonton wayang yang lebih mengujakan.

Terbaru sebuah syarikat M-Junction bakal membuka pawagam tonton dalam kereta pertama di Malaysia tak lama lagi. Mereka melihat ini sebagai satu peluang yang boleh dikembangkan. Perkara ini diumumkan menerusi satu posting instagram mereka.









View this post on Instagram













Will Malaysia be having it's First Drive-in Theatre? The answer is YES! . . Coming to Malaysia real soon brought to you by TwoSpicy Entertainment Live & MD Events Asia . Join the waiting list NOW at www.mjunction.my before the tickets are SOLD OUT!!! . . #mjunction #driveincinema #firstinmalaysia #first #uniqueexperience #tourismmalaysia #2spicy #matic #sunway #mdeventsasia #ditsmalaysia #myfirstcinema #pitckl #cuticutimalaysia

A post shared by M-Junction (@mjunction2020) on Jun 30, 2020 at 12:59am PDT

Pawagam drive-in ini pastinya akan menyelesaikan masalah menonton filem bersama keluarga atau rakan tanpa perlu bimbang mengganggu orang sebelah dan lain-lain. Ia juga salah satu penyelesaian terbaik untuk mengekalkan penjarakkan sosial diantara penonton satu sama lain.

Buat masa ini, Thailand antara negara terawal di Asia Tenggara yang sudah memulakan konsep pawagam drive-in ini. Ternyata cara sebegini mendapat sambutan yang baik daripada peminat filem di sana. Untuk makluman, tiada pemberitahuan filem apa yang akan ditayangkan serta lokasi di mana pawagam drive-in ini akan diadakan.