Minggu Lepas Bergaya, Minggu Ini Merana. Manchester Terciduk



Isnin, 6 Julai 2020



ADVERTISEMENT

Selepas menang bergaya menewaskan, juara liga musim ini Liverpool dengan jaringan 4-0 minggu lalu. Manchester City menerima kekalahan mengejut setelah tewas kepada pasukan tangga ke 13 dengan jaringan 1-0 awal pagi tadi. 

Manchester City ketinggalan seawal minit ke 16 hasil jaringan jarak jauh Che Adam menewaskan Enderson. Lebih bermakna buat pemain ini adalah gol pertama beliau di Liga Perdana Inggeris. Gol tersebut telah memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan sehingga tamat babak pertama perlawanan. 

Separuh masa kedua bersambung, pengurus Manchester City membuat beberapa pertukaran penting bagi merubah keadaan. Kevin De Brune dan Phil Foden dibawa masuk untuk menambah sengat dibahagian serangan. The Citizen berjaya mendominasi penuh perlawanan dengan lebih 70% penguasaan bola. Namun usaha tersebut menemui jalan buntu. 

Keputusan kekal hingga akhir perlawanan dengan jaringan 1-0