ADVERTISEMENT
Setiap insan inginkan kehidupan yang bahagia, senang dan lengkap semua. Tidaklah mengimpikan kemewahan cukuplah sekadar bersederhana. Namun wabak pandemik yang melanda dunia ketika ini jelas menguji banyak kehidupan terutama golongan yang berkeluarga. Ramai yang hilang pekerjaan seterusnya tiada punca pendapatan.
Lembaga Zakat Selangor berkongsi kisah duka dan keperitan hidup yang ditanggung seorang ibu yang ditinggalkan suami. Lebih malang tiada tempat berlindung setelah dihalau penyewa rumah.
VIRAL : Ibu dan anak kecil tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak.
Seorang ibu muda, berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Beliau sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
Ketika ini, beliau tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP.
Sepanjang PKP beliau pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Beliau pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Ujian demi ujian menimpa. Beliau pula disyaki menghidapi kanser payu dara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi.
Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Terkini beliau dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan :
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Kredit: Ustaz Muhammad Haziq, LZS Cawangan Hulu Selangor