KFC Perkenalkan Menu Baru, Burger Daging Tanpa Daging Sebenar - Zero Chicken Burger



Selasa, 9 Februari 2021



ADVERTISEMENT

Restoran makanan segera KFC tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. KFC terkenal dengan ayam gorengnya yang rangup serta pelbagai variasi rasa. Bukan itu sahaja KFC turut menawarkan menu sesuai dengan citarasa Malaysia. Setiap menu baru KFC pasti dinantikan oleh seluruh peminatnya.

Terbaru KFC hadir dengan menu yang unik tapi ia memenuhi golongan tertentu, terutama sekali mereka yang mengamalkan pemakanan vege. KFC memperkenalkan menu Zero Chicken Burger dimana burger yang ditawarkan adalah burger bersama daging bukan daging sebenar. Bunyi macam peningkan?

Sebenarnya mudah sahaja, daging yang digunakan burger ini adalah burger Daging tanpa daging sebenar dibawakan dengan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders yang halal. Ia hadir dengan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu dan juga tanpa kolesterol. ia bersesuaian untuk para vegan atau untuk anda yang mengamalkan diet vegan.

KFC Zero Chicken Burger ini membawakan roti bersama kepingan daging tanpa daging yang digoreng bersama-sama sos Spicy BBQ dan mayonis dan juga kepingan keju serta salad cincang segar.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, anda boleh mula membelinya dirangkaian KFC berdekatan ataupun memesannya melalui laman rasmi KFC dan juga aplikasi mudah alih KFC Malaysia. KFC Zero Chicken Burger ini ditawarkan pada harga bermula RM12.99 sahaja.