Keluar Kenyataan Salah, Pas Imigresen Boleh Dibatalkan Dan Diminta Tinggalkan Negara



Selasa, 7 Julai 2020



ADVERTISEMENT

Tular dimedia sosial video kontroversi Al Jazeera tentang Malaysia Lockdown sejak beberapa hari lalu. Ia menyumbang rasa tidak puas hati rakyat Malaysia kerana video tersebut telah menyebarkan berita tidak tepat dan berbeza dengan situasi sebenar.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah individu yang ditemuramah merupakan pendatang yang terang-terangan memburukkan imej Malaysia pada dunia sedangkan mereka dilayan baik, diberi makanan yang cukup oleh frontliner.

Mengulas lanjut isu tersebut, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata mana-mana warga asing yang didapati mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau berniat memburukkan Malaysia boleh dibatalkan pas imigresen mereka selain diminta meninggalkan negara ini dengan serta merta.

Isu ini juga telah mendapat reaksi dari Menteri Kanan Kluster Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan laporan tersebut sebagai tidak benar dan mengelirukan.